Monday, November 3, 2008

DESTINASI PELANCONGAN SENTOSA ISLAND DI SINGAPURA

Sentosa adalah sebuah pulau yang terletak di sebelah selatan Singapura dan sangat popular di antara orang-orang Singapura dan juga para pelawat dari seluruh dunia. Sentosa tidak hanya sebuah pusat hiburan, ia juga merupakan sebahagian dari sejarah singapura. Tempat itu dikenal sebagai Fort Siloso. Tempat itu digunakan oleh orang-orang Inggeris untuk mempertahankan Singapura yang terkenal sebagai benteng pertahanan.
Sentosa sebuah taman wisata, pelancongan tropika, hutan simpan, dan pusat bagi semua budaya bergabung menjadi satu. Jaraknya hanya beberapa minit dari kota melalui kereta kabel, feri atau jalan darat. Pulau pelancongan Singapura ini merupakan permata rekreasi seluas 390 hektar dengan kaleidoskop pertunjukan dan aktiviti. Dahulu ia merupakan desa nelayan yang diubah menjadi markas tentara Inggeris, Sentosa kini telah bertukar menjadi resor pulau yang ideal di tahun 1972.
Apabila menjejakkan kaki di pulau ini, kita akan dapat menikmati pelbagai bentuk hiburan dan pertunjukkan menarik di sini - dengan acara budaya yang meriah siang dan malam, kerimbunan hijau siap untuk dijelajahi, kebun-kebun cantik, pancaran air menari serta dua lapangan golf ”18-hole” berkelas internasional dengan pemandangan laut yang indah.


Para pecinta pantai pasti suka dengan aneka permainan dan sukan air yang tersedia di sepanjang pantai 3,2 km ini, terbentang dari Siloso, Palawan hingga ke Tanjong. Antara aktiviti-aktiviti ini adalah bersepeda, kano, berkuda atau in-line skating, atau sekedar bersantai di pub tepi pantai. Saat akhir pekan, pub-pub di tepi pantai ini akan semakin meriah dengan para peminat voli pantai. Mereka beramai-ramai datang ke Siloso Beach untuk permainan kegemaran mereka.
Dalam beberapa tahun belakangan, Sentosa juga semakin terkenal di dunia internasional kerana berhasil mengadakan acara-acara yang berkesan di Singapura, seperti Sentosa Sandsation iaitu acara ukir pasir internasional, pesta busa, Black Moon Foam Parties, Zouk Out Dance Festival dan Pesta Akhir Tahun khas Sentosa
Keindahan alam ada di mana-mana di Sentosa. Ada Banyak tempat yang mesti kita kunjungi. Disana kita akan dapat melihat burung-burung merak, kera dan tupai yang ramah, atau hanya sekedar berjalan-jalan di Nature Walk/Dragon Trail melalui hutan tropika sekunder lalu berhenti di lokasi foto di puncak Mount Imbiah untuk menikmati pemandangan pulau-pulau sekitar.
Untuk berjumpa langsung dengan ciptaan alam, ada beberapa tempat menarik dan indah yang mesti kita lawati, iaitu Underwater World dan Dolphin Lagoon. Di tempat ini kita dapat menemui si lumba-lumba merah muda yang lucu dan berbagai satwa laut menarik lainnya.

Butterfly Park dan Insect kingdom juga merupakan tempat yang banyak dikunjungi peminat. Selain itu ada juga satu tempat bersejarah yang mesti di lawati iaitu Fort Siloso. Dan tidak ketinggalan Merlion Park.

1. Underwater World Singapore
Underwater World Singapore yang terletak di Sentosa Island, Singapura, merupakan sebuah akuarium laut yang unik dan terkenal. Dengan lebih 2,500 hidupan laut daripada 250 spesies kawasan serantau, ia sangat popular di kalangan pelawat sebagai tempat santai yang memberikan pengalaman menghiburkan serta bermanfaat. Sejak dibuka pada tahun1991, lebih 20 juta pelawat telah terpesona dengan pameran yang diadakan.
Dengan matlamat untuk memberikan pengalaman unik yang menyeronokkan kepada setiap pelawat, Underwater World Singapore sentiasa aktif dalam memperbaharui produknya serta inovasi program.
Di Underwater World Singapore, ‘pengembaraan ke dasar laut’ bermula di gigi air cetek dengan kolam penyu dan ikan pari yang cetek. Seterusnya kita akan menemui terumbu karang pelbagai warna serta penghuni laut yang eksotik termasuk ikan malung, naga laut dan ubur-ubur, sebelum kita memulakan ‘pengembaraan’ dasar laut yang menakjubkan melalui travelator sepanjang 83 meter dengan terowong yang menempatkan ikan pari yang menakjubkan, jerung yang menggerunkan, serta lain-lain kumpulan ikan dan hidupan yang menghuni


dasar laut. Di penghujung terowong bawah air, jangan ketinggalan peluang keemasan untuk bertentang mata dengan dugong, Gracie.
Di underwater World Singapore kita juga dapat menyaksikan pameran bertema terkini di dewan pameran di aras satu. Tema masa kini adalah "Living Fossils" yang mempamerkan pelbagai hidupan marin dan air tawar yang unik dan menakjubkan, yang mana nenek moyang mereka muncul lebih beratus juta tahun dahulu. Underwater World Singapore komited dalam memelihara dan membiakkan kehidupan marin melalui penglibatan aktif dalam beberapa projek alam sekitar.
Lawatan sambil belajar dari sekolah-sekolah amat digalakkan dengan program-program pembelajaran seperti Semalaman di Lautan “Living in the Ocean Sleepover”, Bengkel Pengetahuan yang Menyeronokkan “Handson Educational Fun Workshops” dan Duta Laut “Ocean Ambassador” yang menggalakkan pembelajaran sambil berseronok dan memahami kehidupan dasar laut serta kerapuhannya. Selain itu, dampingi hidupan laut dengan menyertai program menyelam, atau manjakan diri kita melalui program Berenang Bersama Dolfin “Swim with the Dolphins” yang popular.
Sekiranya kita tercari-cari tempat eksklusif untuk mengadakan acara, Underwater World Singapore menawarkan ide makan minum yang menarik seperti “Makan Malam Bersama Jerung” (menjamu selera secara eksklusif di travelator), dan acara-acara bertemakan laut yang lain. Selain acara bertema, Underwater World Singapore juga dapat membantu menyediakan hidangan lazat dan menyelerakan.
Kawasan terbuka juga ada untuk acara luar di Dolphin Lagoon. Tidak kiralah sama ada ianya acara korporat, jamuan insentif, pelancaran produk, hari keluarga syarikat atau pun majlis perkahwinan, pilihan acara di Underwater World Singapore dan Dolphin Lagoon adalah pelbagai dan tidak terhad.

2. Dolphin Lagoon
Dolphin Lagoon di Underwater World Singapore, memberikan peluang keemasan untuk berjumpa ikan dolfin Indo-PacificHumpback comel yang lebih dikenali sebagai dolfin merah jambu. Dolphin Lagoon dibina dengan teliti untuk menyediakan persekitaran semula jadi yang sama dengan habitat semula jadi dolfin.
Comel dan cantik, dolfin merah jambu ini suka bertemu kawan baru. Pelawat boleh melihatnya dengan dekat dan pasti terpegun dengan persembahan hariannya yang menarik dalam sesi “Bertemu Dolfin (Meet-the-Dolphins)”. Sesi bertemu Dolfin dari Isnin hingga Jumat pada pukul 11am, sesi latihan dengan komentar dalam bahasa Inggeris, 1.30pm, 3.30pm, 5.30pm dan begitu juga dengan hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Sesi bertemu Dolfin dapat berubah bila-bila masa bergantung kepada cuaca. Sementara itu, masa memberi makan Underwater world Singapore ialah setiap hari.
Underwater World Singapore bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang dolfin dalam mempromosikan perlindungan dan pemeliharaan haiwan marin yang bijak dan semakin pupus ini.

3. Waktu Beroperasi dan Caj Masuk
Waktu Beroperasi Underwater World Singapore 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Kemasukan akhir pada 8.30 malam. Dolphin Lagoon 10.30 pagi hingga 6 petang setiap hari. Kemasukan akhir pada 5.30 petang. Kadar bagi kemasukan di Underwater World Singapore dan DolphinLagoon. Dewasa: S$19.50 Kanak-kanak: 3 – 12 tahun: S$12.50 Kanak-kanak bawah 3 tahun: Percuma

4. Pakej Nilai
Pakej Submarine memberikan nilai untuk wang para pelawat bagi mereka yang tidak puas dengan sekali lawatan ke Underwater World Singapore. Setiap pakej membolehkan 2 kali masuk ke Underwater World dan Dolphin Lagoon (tempoh sah dalam jangka masa satu tahun), serta pelbagai faedah dan keistimewaan seperti F&B dan diskaun program. Under Waterworld Singapore mempunyai 3 jenis Pakej Nilai Submarine bagi orang dewasa, kanak-kanak atau keluarga. Pakejnya ialah Pakej Solo Submarine - S$29 kad sah untuk 2 kali masuk bagi orang dewasa. Pakej Mini Submarine - S$19 kad sah untuk 2 kali masuk bagi kanak-kanak. Pakej Jumbo Submarine - S$75 kad sah untuk 2 kali masuk bagi 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Adapun faedah kad Submarine ialah kemasukan 2 kali ke Underwater World dan Dolphin Lagoon dalam jangka masa satu tahun dari tarikh pembelian. Diskaun 10% tempat makan di Underwater World Singapore dan Dolphin Lagoon dan kedai cenderamata dengan pembelian minima $10 dalam satu resit. Premium Underwater World Khas. Bagi undangan pelawat yang turut serta: 5 baucar diskaun bagi potongan 15% untuk kadar kemasukan. Tawaran istimewa Program Renang dan Selam

5. Panduan Perjalanan
Dari Singapura untuk sampai ke Pulau Sentosa, kita boleh menggunakan beberapa jenis pengangkutan antara lain melalui Kereta Kabel, kita boleh menaiki kereta kabel dari Mount Faber atau Cable Car Towers di Harbour Front Centre mulai 8.30am-9pm setiap hari. Melalui bas-bas Sentosa kita turun di stesen MRT Harbour Front dan naik bas Sentosa dari Terminal Bas Pusat Harbour Front.
Tiket masuk Sentosa dan tambang bas pulau yang dibayar berasingan boleh dibeli di Visitor Arrival Centre (VAC). Melalui Teksi, ianya boleh membawa kita terus ke Sentosa – Underwater World Singapore. Sila beritahu pemandu teksi untuk memandu ke arah Shangri-La Rasa Sentosa Resort. Underwater World Singapore terletak bersebelahan. Tiket masuk ke pulau yang dibayar berasingan terpakai untuk setiap penumpang teksi.
Di bahagian atas tiket masuk ke pulau terpakai untuk semua penumpang. Sentosa juga mengenakan caj masuk kenderaan yang biasa. Tempat letak kereta terdapat di kawasan letak kereta yang ditetapkan di pulau.
Di Kawasan Sentosa untuk ke Underwater World Singapore (UWS) perkhidmatan bas laluan Biru dari Visitor Arrival Centre yang mana anggaran frekuensi 10 minit. Perkhidmatan bas laluan Merah dari Dolphin Lagoon. Untuk ke Dolphin Lagoon (DL) perkhidmatan bas laluan Kuning dari Visitor Arrival Centre (anggaran frekuensi 10-15 minit). Perkhidmatan bas laluan Merah dari Underwater World Singapore. Semua pengangkutan di kawasan pulau disediakan percuma.

6. Kedai Cenderamata & Cafe
Ingatan manis daripada kedai cenderamata istimewa Underwater World Singapore mengabadikan pengalaman kita yang sukar dilupakan di Underwater World Singapore dan Dolphin Lagoon. Terdapat dua kedai cenderamata, satu terletak di Underwater World Singapore dan satu lagi di Dolphin Lagoon.
Di Kedai Cenderamata Underwater World Singapore, kita dapat membeli hadiah- hadiah menarik untuk memenuhi cita rasa semua peringkat umur seperti beg galas bermotifkan binatang, cawan, baju T-shirt dengan rekaan eksklusif, anak patung hinggalah buku panduan hidupan laut yang penuh pengetahuan.
Di Dolphin Cove, para penggemar dolfin berpeluang mendapatkan pelbagai cenderamata dolfin merah jambu eksklusif seperti rantai kunci, anak patung dan juga coklat dolfin merah jambu kami yang eksklusif
Dolphin Café terletak di sebelah pintu masuk Dolphin Lagoon, Dolphin Café sangat ideal untuk mereka yang inginkan hidangan segera bila-bila masa. Menu popular termasuk Ikan dan Kentang, Berger Ayam, minuman ringan, Hotdog, Naget Ayam, Chicken Chop, Kepak Ayam, minuman smoothie dan jus buah-buahan.
Untuk para pengunjung yang ingin menikmati hidangan lengkap selepas mengunjungi Underwater World, Palm’s Café menawarkan hidangan ala alfresco dengan pemandangan yang indah. Pengunjung juga dapat menikmati hembusan angin laut sambil menjamu selera dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa di café ini. Palm’s Café terletak selepas pintu keluar Underwater World Singapore.
Cool Stop menawarkan pengunjung Underwater World pelbagai jenis makanan ringan serta desert tempatan yang lazat seperti Ais Kacang iaitu desert tempatan dengan ais hancur diliputi sirap pelbagai warna dan bahan lain termasuk kacang merah dan jeli, yang pasti membawa kesegaran semasa kunjungan kita ke Sentosa.
Kiosk Roti Mama terletak di belakang perhentian bas di hadapan Underwater World Singapore. Ban kopi (ban café latte/cappuccino) yang disediakan merupakan snek yang sesuai untuk penggemar kopi dan menawarkan cara unik untuk menikmati kopi. walaupun masih belum lapar namun pengunjung pasti ingin mencuba jika terhidu baunya yang lazat.

7. Butterfly Park dan Insect Kingdom
Di Butterfly Park dan Insect Kingdom para pelawat boleh melihat satu dari koleksi serangga terbesar di dunia dan menyaksikan lebih dari 2,500 kupu-kupu dari 50 spesies lebih, serta serangga aneh lainnya seperti serangga berwajah manusia, serangga batang, lipan raksasa, kalajengking, dan kumbang badak

8. Fort Siloso
Dibangun di tahun 1880-an, Fort Siloso berfungsi sebagai benteng terakhir pasukan Inggeris di saat penaklukan Jepun ke atas Singapura. Selain itu ada lokasi bersejarah lainnya di Mt. Imbiah, dengan sisa-sisa peninggalan meriam yang ada. Pelawat boleh mengenali zaman perang di Singapura, dengan budaya yang penuh warna dan warisan sejarahnya yang marak di Images of Singapore. Di bangunan tiga bahagian ini, kisah-kisah itu diceritakan ulang melalui patung-patung, animatronik serta efek-efek khusus .

9. Merlion Park
Tegak berdiri setinggi 37 meter adalah The Merlion, ikon pariwisata Singapura berupa setengah singa dan setengah ikan, yang menampilkan pemandangan dari seantero Sentosa, gedung-gedung pencakar langit kota Singapura, serta pulau-pulau sekitar.
Pengunjung boleh menikmati pemandangan memukau ini dari dua lokasi iaitu satu di paras 9 di mulut sang Singa dan satu lagi di puncaknya yaitu di paras 12, dari mahkota Merlion dengan pemandangan 360 derajat yang menakjubkan.
Jika kita suka naik secara vertikal, kita boleh coba Carlsberg Sky Tower yang dapat menampung sampai 72 orang dalam kabin nyaman berpendingin, untuk pengalaman menarik selama tujuh minit.

Ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi di Sentosa Island, seperti, Cinemania, sebuah teater simulasi interaktif. Bagi seluruh keluarga, Sijori WonderGolf adalah taman golf miniatur luar ruang yang berorientasikan keluarga, dilengkapi dengan halangan rintang, lereng, terowong serta jebakan yang inovatif dan seru.
Sentosa menyediakan tempat yang menarik dan cocok bagi semua minat dan anggaran. Aneka pilihan fasilitas makanan dan minuman tersedia lengkap di pulau ini, dengan bas dan kereta api yang memberi akses mudah ke seluruh pulau. Datang dan kunjungilah Sentosa Island dan dapatkan pengalaman yang menarik dan berkesan.

No comments: